Salute kepada Dr. Ahmad Razali, kerana perkongsian puisi-puisinya walaupun beliau seorang sahaja yang rambutnya berbeza pada malam itu, (yang saya perasan la, kalau yang pakai cap dan bercukur gua tak tau beruban ke tak, hoho). Saya syak, beliau membaca puisi cinta adalah atas hasutan Naga, dan ianya memang cukup bermakna. Rahimidin, saya sukakan puisi-puisi kerohanian beliau, dan ketika mula-mula membaca perjalanan salik, saya terus terpikat dan akhirnya dapat juga mendapatkan buku tersebut, :).
Brother-brother seperti Meor, Syed Amran dan Nik Jabit, saya kira adalah kelompok seniman sejati dalam kelasnya yang lebih baik daripada penyanyi-penyanyi plastik yang banyak melata. Lagu-lagu yang penuh makna dan puitis yang kita boleh layan sambil berfikir, merenung dan merasa. Akustika dua kugiran muda juga tidak menghampakan. The Primary dan Ninjaseni & the gang, memberikan nafas-nafas baru dalam scene muzik golongan muda, terutama lirik yang berbeza. (The primary, selain smell like teen spirit tu, ada juga disarm eh?:)
Dua orang penulis tersohor, Nazri M. Anuar dan Dugong Senyum membacakan sebahagian daripada buku mereka yang baharu terbit. Kedua-duanya bagus, dan kedua-duanya menyuntik humor dalam karya mereka. Nazri dengan Novel karipap-karipap cintanya, dan Dugong dengan Salah Lorong. Nazri mengedarkan karipapnya secara percuma dan secara tidak adil. Hahaha. (gua baru baca sebahagian buku tu, sungguh bagus tuk sebuah buku ringan. (ringan yang bukan bermaksud picisan, kerana ada juga buku berat yang picisan). Secara umum, ia tidak dangkal seperti novel cinta popular lain. Pembacaan yang pantas kerana kita tidak mahu lepaskannya, sebagaimana membaca siapa kekah bidan sepiah. Macam makan karipap. Dan keyakinan lu untuk ia menjadi best-seller adalah berasas, bro. tahniah. -Kalau lu bagi gua buku free tu, mesti malam ni jugak gua buat ulasan, wakaka).
9 comments:
Ya, rugi. Sampai hari ini saya masih terkilan.Apakan daya 'pakwe'yang nak membawa saya terpaksa berkerja.
Salam kenal Encik Muhsin X. Telah bertahun mengintai blog anda baru nak ucap salam perkenalan :)
Tshirt kedai spare part tu takde lebih ke?
a.. cik/puan waterlily, saya juga perasan waterlily tak datang malam tu. Salam kenal juga, saya pon selalu menjenguk blog waterlily.
pipi, tu kena try mintak kat ah heng. Kedai dia satu line ngan KFC kat gemas, blok yang depan stesen ketapi. ha ha.
wei...tk ajak aku pun pergi "show" ko
weh, ni bukan show aku lah, aku ni tempelan je, wakakaka.
ohhhh buat comeback!!!
;-)
ya, come back to maskara. ha ha. sebelum ini berada dalam mogok pemikiran (kononnya pemikiran, he he). Aneh ya, masuk U yang sepatutnya meliberalkan pemikiran dan ekpresi, maka saya mogok waktu itu. :)
anugerah t-shirt terbaek. haha
Hong Heng spare part! hoho
Post a Comment