Thursday, April 22, 2010

Sapa nak bertaruh?

Saya cuba untuk tidak menulis politik kerana saya kira saya bencikannya, tetapi ternyata ia sangat mendesak. Beberapa hari saya memikirkan sebab-sebab desakan ini, dan akhirnya saya fikir saya silap apabila menyatakan kerana suka melihat politik seperti melihat satu perlawanan sukan. Saya kira, apa yang dinyatakan itu adalah atas tujuan saya untuk merendah-rendahkan politik kita sebagai tidak intelektual, dan ya politik kita tidak, malah lebih rendah daripada itu; tidak rasional.

Sebenarnya kerana apa saya suka melihat politik adalah kerana kecintaan saya pada negara ini, seperti cinta seorang anak terhadap ibunya, tidak perlu penjelasan panjang bagaimana kecintaan itu. Tiang-tiang yang medokong sebuah negara adalah kepimpinannya, rosak ia rosaklah negara. Kepimpinan pula ditentukan melalui politik, rosak politik, rosaklah kepimpinan. Maka saya mahukan kepimpinan yang baik supaya ibu yang saya cintai ini tidak rosak kerananya. Kerana itu, keinginan saya ini seharusnya menjelaskan bahawa tidak ada langsung kecenderungan saya ke arah mana-mana parti, yang baik itu baiklah, yang buruk itu buruklah.
BN sebagai parti pemerintah sungguh buruk, dan pembangkang juga tidaklah sebaik yang diharap, tetapi perubahan adalah sangat perlu, dan kerana itu dominasi BN perlu dikekang. Inilah fahaman saya secara umum pada masa ini.

Keadaan ini berlaku adalah kerana buruknya politik di negara kita, lalu akhirnya yang mendaki tangga kepimpinan itu adalah individu-individu yang bersikap buruk. Orang yang mempunyai sikap baik tentu sekali tidak akan melobi dan merasuah. Orang yang bersikap baik tentu sekali tidak memaki dan memfitnah. Orang yang bersikap baik tentu sekali tidak rasis dan chauvinis. Orang yang bersikap baik tentu sekali tidak akan lupa prinsip apabila disogokkan wang.

Baik, lupakan ini, kita lihat situasi di Hulu Selangor. BN telah memilih calon yang lebih sesuai berbanding PR. Sesuai di sini bukan bermakna lebih baik, dan saya yakin Zaid 3 kali lebih baik berbanding Kamalanathan malahan isu arak dan kuda lumba, telah menaikkan 1 takuk rating Zaid bagi diri saya, bukan kerana saya menyokong dia minum atau berjudi, tetapi bagaimana dia menghadapi serangan peribadi ini*. Malangnya saya kira, kepimpinan PR seperti agak naïf apabila memilih Zaid. Mereka saya kira memilih Zaid berdasarkan dia sebagai individu yang paling berkaliber, bukan kesesuaiannya dengan pengundi di Hulu Selangor dan sifat pilihanraya kecil itu. Zaid lebih sesuai di kawasan bandar.


Er, perbincangan ini akan jadi sangat panjang, banyak lagi yang perlu diterangkan, tapi ada banya kerja lain aku nak buat. Lainlah kalau gua dapat bayaran tuk tulis kat sini, hoho. Gua bagi keputusan terus la.

1. Kamalanathan (BN) (29,623)
2. Zaid (PKR) (21,547)
Majoriti: 8,090
Jumlah undi: 52,091
Peratus mengundi: 80.76%
Undi rosak: 921


Kalau perkiraan aku ini tepat,atau BN menang dengan lebih besar, aku akan membuka satu blogpolitik. Tapi kalau Zaid menang aku akan puasa 1 hari.** (sapa nak bet? Hoho.)

_____________________
*Cuma gua fikir, kalau dah mengaku ni dia boleh kena sebat tak?
**Ye lah, sekurang-kurangnya situasi menang-menang bagi aku.





2 comments:

Taf Teh said...

eerrr tetapi, politik negara mana yang bersih suci lagi rasional???

mukhsen_x said...

Yes, even pemerintahan umar abd aziz pun tidak sebaik mana. Tapi mengikut skala ukuran aku, keadaan kita sangat teruk. Aku percaya, sebab-sebab utamanya ialah amalan demokrasi kita yang tidak sepenuhnya demokrat. Perkara paling kritikal ialah kebebasan bersuara, yang mana aku kira perkara paling asas dalam demokrasi. Tanpa kebebasan ini, demokrasi itu tidak punya makna. Ada banyak kekangan, sama ada secara langsung melalui akta2, ataupun secara tidak langsung melalui tekanan-tekanan tertentu.