Friday, April 09, 2010

Saya ialah

Saya fikir apa yang telah saya nyatakan itu telah disalah anggap. Ia cukup merungsingkan. Saya selalu sahaja memikirkan perkara ini, lalu ia cukup mengganggu. Malahan permohonan maaf saya juga saya fikir telah ditolak mentah-mentah. Ya, tentu sekali saya ini tidak konsisten. Saya ini berubah-ubah, tetapi perasaan saya, tidak! Fikiran saya, ya terlalu terbuka, tetapi perasaan saya tidak! (Malahan keterbukaan itu kadang-kala menjadi hipokrit. Kadangkala saya memakai bulu musang, dan kadangkala ayam. Ya, kadangkala saya begini, dan kadangkala begitu. Keterbukaan saya, saya kira telah meletakkan saya dalam situasi serba payah. Melihan dari sudut itu, dan dari perinci ini dan berdiri di tengah-tengah. Malahan kadang-kala percakapan-percakapan saya juga. Malahan kadangkala saya menipu. Malahan kadangkala saya kurang ajar. Dan selalu saya tersalah bicara). Banyak perkara-perkara yang saya fikir, kalau boleh saya mahu ulang semula dan buatkan yang lain.


Atau adakah sebenarnya ia hanya fikiran saya? Sebenarnya, hakikatnya ia bukan apa-apa. Ia tidak memberi kesan apa-apa pun padanya. Saya ini langsung tidak punya makna, lantas saya tidak perlu khuatir? Malahan saya tidak perlu meminta maaf, kerana yang saya nyatakan itu langsung tidak bererti! Seperti angin yang menderu di sekeliling kereta yang bergerak laju dan tertutup tingkapnya. Dan dia berada di dalam, tidak melihat dan merasaipun untuk ambil peduli.

5 comments:

fadz said...

wahhhhh, cerebral..

mukhsen_x said...

haha.. saya sedang memikir2 perkara ini. :)

Taf Teh said...

"Konflik dalaman sebegini adalah normal." Itulah kata-kata Pak Seno.

mukhsen_x said...

ya, pertama, yang baik, ia boleh menggerakkan kita. merungkai dan menyelongkar perkara dan isu, dan mencari jawapan/perkara-perkara baru. yang tidaknya, ia boleh membuat kita gila, ha ha.



dan saya kira begitu juga konflik luaran, contohnya konflik masyarakat. yang baiknya ia boleh menggerakkan masyarakat ke satu tahap yang lebih baik, contohnya revolusi. yang tidaknya, ia menjadi seperti politik negara kita, tidak ke mana-mana dan semakin mundur. ha ha.

Taf Teh said...

ok emelkan....... at junezhero@gmail.com