Monday, February 08, 2010

maskara 19

Mulanya risau gak nak pergi sebab petang tu, Shah Alam hujan dengan lebatnya. Daripada tingkat 5 rumah aku, aku nampak awan kat sebelah KL macam berat sangat (Ingat nak tumpang Fadz, tapi Fadz pegi awal sangat). Risau sebab kereta aku tak ada aircond. Gas bocor dan air-cond belt pun dah putus. Kalau hujan kena bukak tingkap sikit, bagi angin masuk (kalau kereta dulu-dulu ada tingkap kecil kat sebelah bucu bawah tingkap pintu, tapi sekarang tak design macam dulu lagi). Kalau tutup tingkap, tak sampai satu minit wap-wap dalam kereta yang terkondensasi akan melekat di cermin tingkap, haram tak nampak jalan (lampu kereta aku tu dah la pancaran cahayanya macam torch light tiga bateri AA. Aku rasa wiring ada masalah). Kalau setakat jalan Tampin-Gemas, aku bukak tingkap sikit bagi angin masuk, lepas tu pecut laju-laju, hujan memang tak masuk dalam kereta. Tapi Federal Highway, kalau tak macet pun memang tak boleh nak laju-laju. Kalau bukak tingkap sikit, habislah aku punya seat basah. Lagi-lagi kalau jammed atau beratur depan gate tol. Wiper pulak tu pun dah tercabut tu, tapi aku dah sambung pakai dawai. Eh, gua ingat nak cerita pasal maskara 19 sebenarnya ni. Hoho.

Agaknya dah lebih setahun aku tak pegi Maskara. Tak ingat lah bila, dan rasanya masuk ni baru 3-4 kali aku pergi maskara daripada 19 maskara yang telah berlangsung. Rohnya masih sama tetapi audiennya makin bertambah, sampai ke tingkap (Aku rasa, rumah pena tu kecil sangatlah. Agaknya simbol pihak-pihak tertentu untuk memperkecilkan peranan gapena kot. Haha. Err.. gua gurau beb) Walau bagaimanapun, malam tu memang nampak tercapai dengan cukup baik objektif maskara. Daripada kepelbagaian umur, pegangan idea, persembahan seni, dan jenis-jenis audien. Gu dari klate (pisek, katanya tak cukup korum) pun maghi weh, walaupun dengan sponsor tokong siam. Aku tak maulah ulas persembahan para peserta, (lagipun nanti adalah blogger lain yang lebih berkredibiliti dan rajin yang akan ulas) tapi semuanya memang hebat termasuk waktu bukaan umum pembesar suara.

Dean Sham masuk sebagai samurai dengan pedang kayu penyapu, ke mop entah. Jayzuan, lagu lelaki pop tu memang cool. Memang vocal dan petikan gitar tu keluar dari hati dia kot. Aku teringat Sometimes Around Midnight, dibuat berdasarkan perasaan peribadi. Lirik time chorus tu memang dia punya hook. Gua terus ingat sampai sekarang, terngiang-ngiang. (Masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu dan jembalang…. ) tapi apsal ah, lu minta maaf?

Aku tak sangka Fadz ada vokal tenor yang cukup baik. Serius. Dan atas sebab-sebab peribadi, gua rasa bulu roma gua meremang. :) Meor, aku takut kerusi yang dia duduk tu patah, bukan sebab berat badan, tapi daya anti-establishment yang sangat keras semangatnya. Kudos bro! Anna Raffali, sebab dia cun, wakaka. Rainwonder ialah seorang yang sangat bijak. Ibrahim Ghafar dan Ismas Saring pun cool juga. Jugak Jonos, dan akhirnya King Binjai menutup dengan sajak dia yang power!! (Gua kena tulis laju-laju sebab bos gua dah masuk). Apa-apa pun tahniah kepada soljah. Viva la Maskara!

Ah lupa, bongsu pisek kata, sepatutnya dorang menurun, tapi sebab ada bebudak, dorang tak jadi. Kalau tak boleh tengok hantu siam secara live kat maskara. wooo

2 comments:

fadz said...

separuh mantra dah disampaikan pun, hehe..

terima kasih..

mukhsen_x said...

wooo.. gilak ah bro..