(Buat kawan-kawan dari Indonesia ketika di Pahang dahulu, jiran sebelah rumah , dan hadapan rumah dari India di Shah Alam)
Pekerja-pekerja asing di Malaysia
dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Kemboja,
China, India, dan negara-negara dunia ketiga
telah diganyang
diperas kerana mereka perlu kerja
terhina dan tersipu-sipu
Mereka fikir kamu datang sini bersenang-lenang
dan bila mereka sedang cuti panjang
kamu pilih sebagai waktu libur, melancong di kotaraya lengang
waktu tiada kedai dibuka untuk membeli belah
kerana kamu pun bukanlah mewah
tapi mereka kata kamu mencemar kualiti visual ruang
nanti pelancong dari Eropah dan timur tengah tak mahu datang.
Wahai pekerja-pekerja asing Malaysia
dari rumah kedai yang penuh sesak
hingga rumah kongsi hapak
sekarang sudah tiba masa kamu sedar
sudah cukup kamu diperas dan dihina
pulang saja ke negara asal di mana-mana
bakar sahaja rumah politikus dan perasuah
bina negara baru yang aman damai
dan panggil kapitalis multinasional membina kilang
biar industri di malaysia bungkus
bila kapitalis-kapitalis lari berambus.
biar sahaja bangunan-bangunan yang memang lambat siap
terbengkalai jadi rumah penghidu gam dan kongsi gelap.
Tetapi kalau kamu sudah sayang ini negara
pergilah jumpa menteri dalam negeri segera
Minta supaya kamu boleh jadi warganegara Malaysia.
Plagiat daripada : Bersatulah Pelacur-pelacur Kota Jakarta oleh: WS. RENDRA
No comments:
Post a Comment