Anda sedang lepak di kedai mamak. Berbincang tentang kesilapan ulama kaum tua dan kaum muda dalam menangani perbezaan pendapat. Aa.. Ok lah, berbincang pasal perkara yang lebih penting, peluang mengembangkan bisnes karipap anda di internet, contohnya. Kemudian datang seorang lelaki hendak menjual buku cerita kanak-kanak (anda boleh andai dengan melihat muka depan berwarna-warni buku-buku di tangannya). Selepas (atau belum sempat) dia beri ucap selamat, anda akan geleng kepala, atau goyangkan tangan, sebagai isyarat anda tidak berminat, atau kalau anda lebih sopan, anda ucapkan terima kasih; saya tak berminat. Lagipun anda sedang berbincang perkara penting. Lagipun anda bujang, tak ada anak. Lelaki itu pergi, anda menjeling dengan perasaan antara kasihan dan meluat, tetapi dalam hati anda mungkin ada rasa meradang kerana diganggu sewaktu berbincang bisnes karipap (mungkin nanti anda akan tulis di blog, betapa penjual jalanan yang cukup berleluasa ini mengganggu ketenteraman dan privasi).
Tetapi bagaimana kemudiannya datang pula perempuan cantik seperti Anna Raffali, menjual produk yang sama? Sekurang-kurangnya anda akan beri peluang padanya untuk mempromosi bukan? Bagaimana kalau dia memakai skirt pendek yang menampakkan peha putih dan gebu. Aaaa.. Ok lah, bukan Anna Raffali. Nur Fazura Sharifuddin, contohnya. Dengan suara menggoda, dia merayu anda supaya membeli buku cerita kanak-kanak tersebut (watak anda dalam cerita ni ialah lelaki, normal, ok nyah!). “Walaupun saya tak baca, saya jadikan hadiah kepada anak-anak saudara saya”, katanya. Tiba-tiba anda teringatkan anak saudara di kampung yang memerlukan bahan bacaan. Anda beli satu. “Buku ini istimewa kerana mampu meningkatkan daya kreativiti, 100 peratus dijamin,” Fazura menerangkan kebaikannya beserta statistik. Nombor ialah matematik. Matematik ialah logik. Logik ialah benar. Kamu ada 5 anak saudara, kamu beli lima. “Tapi sekarang ada promosi,” suara lunak dari bibir menggoda itu serentak dengan kelipan maskara. “Ada cabutan bertuah. Hadiahnya bermalam bersama.. eh silap, RM10,000.” Setiap anak saudara anda mahu hadiahkan 2 buah buku cerita. Jadi anda beli 10.
Secara umumnya anda tidak terasa rugi. Malahan anda dapat berbakti kepada anak-anak saudara. Anda juga tidak rasa meluat diganggu privasi (Fazura, beb!). Tetapi kerana itu Fazura, syarikat pengedar buku terpaksa membayar upah yang tinggi. Selain itu, ada kos untuk menampung hadiah RM10,000 lalu harga buku yang kamu tak perlukan itu, yang kamu beli 10 buah itu, ialah tiga kali ganda daripada apa yang dijual oleh lelaki yang datang sebelumnya (dan lagi satu, membaca buku cerita memang secara tabiinya boleh meningkatkan daya kreativiti). Adakah kamu rugi? Tiga kali ganda memanglah rugi! Lagipun kamu takkan dapat ngurat Fazura. Kebarangkalian 1 per sejuta. Dan kebarangkalian untuk menang 10,000 ialah 1 per 100,000! Tak rugi juga eh? Ye la, ada juga kebarangkalian, walaupun kecil (Fazura, beb!).
Saya tidak menyatakan promosi itu salah, ia sangat penting dalam perniagaan tetapi menunjukkan bagai mana secara psikologinya kita terpedaya sehingga membelanjakan wang yang lebih pada sesuatu yang tidak perlu pun (dan kenapa di dalam rumah anda ada 10 tong penapis air yang anda cuma guna satu, walaupun sebenarnya tak perlu pun). Bagaimana dengan kaedah pemasaran yang bijaksana, anda tidak sedar anda telah terpedaya (iaitu melakukan sesuatu yang pada asalnya anda tidak mahu). Bagaimana ruang privasi anda telah dicerobohi seperti kelibat ikon iklan Nuffnang ketika membaca blog, macam iklan kecil yang bergerak-gerak di bawah skrin ketika menonton TV (masa komersil yang memang dah cukup panjang tu tak cukup lagi eh?).
Selain itu, berdasarkan kajian di zon perindustrian di China, Wal-Mart, Ralph Lauren, Esprit, Nike, Adidas, J.C Penny dan lain-lain brand terkenal, hanya membayar 87 sen dan ada yang sehingga 13 sen sejam kepada pekerja-pekerja kilang mereka. A July 2008 investigation by Australian Channel 7 News found a large number of cases involving forced labour in one of the biggest Nike apparel factories. The factory located in Malaysia was filmed by an undercover crew who found instances of squalid living conditions and forced labour (yang in English ni aku copy dari Wikipedia Nike Inc. malas nak translate). Untuk strategi pemasaran pula Nike sebagai contoh membelanjakan 2.3 billion pada tahun 2008, satu jumlah yang cukup banyak untuk tujuan memperdayakan psikologi anda.
Secara asasnya, Kasut Gombak juga mempunyai kualiti yang setanding Nike, tetapi tentu sekali tidak dapat bersaing dari segi pemasaran dan periklanan. Kekuatan Nike adalah pada jenamanya, bukan pembuatannya. Disebabkan strategi periklanannya, waktu bermain bola, anda mungkin akan perasan diri anda ialah Cristiano Ronaldo kalau memakai Nike Mercurial Vapors.
3 comments:
yey, dia menulis balik!!!
1. yeay!!! sokong fadh.
2. aku terpedaya hahaha
ha ha ha. apa la. gua tak boleh berenti nih. tangan gatal. wakakaka.
Post a Comment