Saturday, September 05, 2009

1Malaysia

Kamu akan selalu jumpa

gambar tiga orang kanak-kanak

Melayu, Cina dan India

(kadangkala kalau tidak lupa

ditambah seorang Sikh,

tetapi belum pernah pula ada Negrito, Iban, Bidayuh etc.)

ketawa

dan memegang bendera

dalam akhbar

atau iklan merdeka di tv

atau promosi

pelancongan,

sebelum mereka kenal

apa itu bumiputra

kuota

kafir

pendatang

minoriti

UMNO

DAP

babi

lembu

yang

mendewasakan mereka

sebagai bangsa

One Malaysia

4 comments:

fadz said...

power! aku nak baca sajak ni mlm maskara nanti ya!

mukhsen_x said...

silakan, sangat dihargai. tapi power ke? aku ni dh lama sgt x tulis. cam dh berkarat. :)

kingbinjai said...

u still got it dude!

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk