Moga-moga kita memperingati hari ini, berarak keliling kota, berselawat dan memuji, bukan sebagai satu tebusan dosa, untuk melupakan pemimpin agung ini (dan ajarannya) sepanjang tahun. Atau moga-moga bukan seperti menyambut hari jadi seorang kawan, sebagai satu penzahiran - hah tengok, engkau memang aku tak lupakan!
Moga-moga kita teringat, betapa jarak masa yang semakin jauh telah menjauhkan kita, zahir dan batin. Betapa kita berpecah, padahal baginda menyeru kita untuk bersatu, di bawah satu payung iaitu Islam.
(Maaf, beberapa perenggan selepas ini yang telah disiar telahpun dipadam. Saya kira pandangan saya terhadap kedua-dua pihak yang terbabit ada kemungkinan untuk silap, dan boleh menimbulkan prejudis. Sesiapa yang telah membacanya, saya kira moga-moga tidak terpengaruh dengan apa yang telah tulis. Walaupun tidak ada kemungkinan untuk mereka membaca blog ini, saya juga memohon maaf daripada kedua-dua mereka, atas penghakiman dan tuduhan yang telah dibuat. Memang pada waktu itu saya sangat sedih, kecewa dan marah, dan atas dasar itu apa yang saya tulis adalah disebabkan pengaruh emosi pada waktu tersebut. Saya tidak rasional. Saya telah melihat dari sudut yang sempit. saya melihat dari pandangan pihak saya seorang. Pada waktu itu saya tidak patut menulis esei. Mungkin cerpen atau puisi lebih baik. Yang lebih absurd atau dengan watak bukan-nama-sebenar moga-moga saya tidak disalahkan oleh Tuhan kalau apa yang dinyatakan itu tidak benar)
Seperti Tuhan tidak tahu apa yang ada di dalam hati saya?
No comments:
Post a Comment