Keputusan pilihanraya 2008 adalah satu kejutan. Makanya mereka menggelarkannya tsunami. Dan ada yang lupa diri, menganggapnya sebagai pengakhir hegemoni BN. Tetapi tsunami bukan selalu datang. Ia mengubah pantai sekaligus, tapi cuma sebagai satu kejutan sementara. Mungkin ia membunuh jiwa, mengkucar-kacir daratan, tapi nantinya semua akan balik seperti sediakala.
Agaknya, kerana itu Anwar tergesa-gesa dengan projek 16 Septembernya. Saya kira, bukan atas dasar tidak sabar, tetapi kesedaran bahawa peluang pada waktu itu adalah lebih baik berbanding peluang pada pilihanraya akan datang 4-5 tahun lagi, kerana pasti BN akan bangkit dengan counter-reformationnya. Tetapi bidak 16 September yang digerakkannya, hanyalah gerakan check, bukannya check-mate, raja boleh lari bersembunyi. Malah raja telah ditukar daripada Abdullah kepada Najib. Gerakan check yang punya risiko yang cukup besar, malah dengan askar-askar di belakangnya yang rapuh. Rapuh hubungan antara parti-parti dalam pakatan, malahan kerapuhan PKR sendiri. Secara umumnya Pakatan Rakyat adalah pakatan yang rapuh (Nanti akan dibincang dengan lebih terperinci).
Gerakan counter-reformasi BN sepatutnya cukup lancar dengan masih memegang kuasa persekutuan. Penggantian Abdullah, pelancaran 1Malaysia untuk meraih sokongan masyarakat Cina dan India yang berpaling pada tahun 2008 adalah strategi yang cantik. Tetapi adakah ia mampu untuk mengembalikan kekuasaan BN seperti sebelum 2008? BN sebenarnya ada banyak masalah lain (juga akan dibincang nanti) yang mereka tidak fokus kerana sedang ghairah berlari ke pintu gol lawan dalam gerakan counter attack.
Secara umumnya, waktu ini, pertengahan musim antara pilihanraya lepas, dan pilihanraya akan datang, adalah masa yang kritikal. Ternyata saya fikir, kedua-dua pihak hanya menjalankan strategi-strategi adhoc. Selepas ini, maka ini yang akan dibuat. BN menyerang PR bertahan, PR menyerang, BN bertahan. Serang-bertahan-serang-bertahan lalu melembabkan gerakan ke mana-mana. Mereka sedang lupa, dalam perlawanan mereka, yang menang bukan yang berjaya membuat pukulan K-O atau menjaringkan gol, tetapi yang paling banyak dipilih oleh penonton (rakyat) dalam pilihanraya nanti.
Contoh umum yang paling mudah, ialah apa yang telah berlaku di Perak. Betapa tidak ada hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak untuk pilihanraya akan datang, bila mana sokongan Melayu terhadap PR tidak bertambah baik, dan sokongan bukan Melayu terhadap BN tidak bertambah baik. Ia tidak membawa apa-apa makna, sama ada untuk kebaikan parti dalam jangka masa panjang, dan untuk kebaikan rakyat Perak. PR dan BN sepatutnya punya strategi yang lebih baik, strategi jangka panjang, bukan penguasaan satu musim.
2 comments:
senang kata ko jadi PM jer la lim..hehe..x pon kmbali semula ke zaman feudal..raja monarki
1. sila baca post sblm ini dahulu. Selain daripada tu, permintaan menjadi PM itu adalah satu contoh permasalan zaman pra-sejarah dalam pemikiran kritis. zaman yunani klasik pon orang tak suruh Plato jadi raja athens sebab dia tulis the republik. Dude, sekarang dah 2010, bangunlah dari tidur. lagipun gua baru tulis pengenalan je.
2. apa-apa ajelah, even sosialis, atau islam hadari, atau negara berkebajikan, atau khalifah Islam, kalau pimpinan korup tak jadi apa jugak.
dan satu lagi, kita sekarang memang kerajaan monarki. raja berpelembagaan.
Post a Comment