Sunday, May 02, 2010

PAS : daripada teokonservatif menuju demokratik sosialis (Pengenalan)

Terdapat banyak salah konsep apabila mengaitkan Islam dan PAS. Secara asasnya, ya, mungkin boleh diterima walaupun tidak sepenuhnya bahawa PAS = Islam, tetapi adalah sangat salah apabila menyatakan Islam = PAS. Pemahaman logik A=B maka B=A adalah tidak boleh dipakai apabila merujuk Islam dan PAS. Tetapi logaritma inilah yang telah dipakai sejak dahulu, malah sehingga sekarang oleh ahli PAS, maka kerana itu wujud dakwaan-dakwaan seperti; UMNO kafir, sokong PAS masuk syurga, menentang PAS bermakna menentang Islam dan sebagainya. Pernyataan-pernyataan ini juga menjadi pegangan ramai ahli PAS, kerana ia secara mudah, logik! PAS itu Islam, maka orang yang bukan PAS itu, bukan Islam (kafir), PAS itu Islam, Kalau bukan Islam tidak boleh masuk syurga, PAS itu Islam, maka menentang PAS bermakna menentang Islam, berjuang untuk PAS itu adalah berjuang untuk Islam, maka mati dalam perjuangan PAS adalah mati syahid.

Dakwaan-dakwaan tidak tepat inilah yang berlaku apabila logaritma logik A=B maka B=A diguna pakai dalam pemikiran orang-orang PAS. Kesilapan yang paling besar ialah mereka terlupa bahawa UMNO juga adalah parti Islam secara logik. UMNO = Melayu. Melayu = Islam, maka UMNO = Islam. Logik ini juga salah, tetapi seharusnya apabila PAS menerima logik mereka, maka mereka juga harus menerima logik bahawa UMNO juga adalah parti Islam.

Berdasarkan pernyataan di atas ini dan sebab-sebab lain juga, saya tidak mahu melihat PAS sebagai parti Islam, kerana ia akan menjadi satu pemahaman yang salah, hanya memandang ia sebagai sebuah parti dengan perjuangan yang Islamik menurut justifikasi mereka. Dengan ini juga, saya bebas untuk mengkritik PAS, kerana kalau melihat PAS sebagai parti Islam, mengkritik PAS nanti akan dilihat sebagai mengkritik Islam pula. Islam itu adalah agama yang suci, yang telah dilengkapkan kesuciannya, sedang PAS itu tidak. PAS juga kotor.

4 comments:

Anonymous said...

PAS juga kotor? Benar. Betapa kotor Umno atau PAS??? Eeeerrr...

.
.
.

Tetapi penting juga untuk melihat betapa signifikan sumbangan mereka dalam negara MALAYSIA tercinta ini.

Taf Teh

mukhsen_x said...

saya tak pernah nafikan sumbangan pada mana-mana pertubuhan politik pun. Cuma pandangan tentangnya tentu sekali boleh dbaca merata dalam media.

dan kritikan terhadap parti pula, saya dapati selalu sahaja berat sebelah, kerana pengkritik biasanya berada dalam kegiatan politik itu sendiri.

Politik itu memang kotor yang tentu sekali berbeza skalanya antara indivudu. Tetapi secara umum, pandangan saya tentu sekali BN lebih kotor sebab mereka lebih mendominasi kuasa, geografi atau sejarah. Pembangkang tidak teruji sepenuhnya kecuali setelah mereka menguasai persekutuan. Saya sangat ingin tahu bagaimanakah agaknya sekiranya pembangkang menguasai persekutuan. Huru-harakah, atau lebih baikkah? Berani cuba? he he

Anonymous said...

poin bagus, dah seeloknya org lihat pas melampaui agama, dan memahami bahawa pas mengguna agama dengan tujuan, samalah seperti UMNO. Agama dan politik mmg tidak sesuai bercampur.

mukhsen_x said...

ya, saya setuju bahawa pas dan umno (terutamanya pas) telah menyalahgunakan agama untuk politik.
tapi saya tidak setuju bahawa agama dan politik tidak sesuai bercampur. Agama itu dalam pandangan yang lebih kasar, adalah politik. Maaf kalau saya katakan ini kelihatannya mengarut, tetapi saya kira Tuhan melibatkan diriNya dalam politik manusia melalui agama. Menolak agama daripada masuk ke dalam politik seperti menafikan kekuasaan Tuhan. (Sekiranya pandangan saya ini membuatkan anda keliru dan ragu-ragu, mungkin saya boleh tuliskan dalam satu pos mengenainya kalau anda mahu, :)