Sunday, September 14, 2008

Tribute kepada Tiga Tahun Lapan Bulan; Saleh Daud dan kepada sifat-sifat perkauman kita. (Ia dua perkara yang berbeza ya)

Mat Tonggek berlari di denai kebun getah yang penuh belukar. Dia terdengar bahawa askar Jepun telah sampai di Kampung Mengkudu. Orang Jepun itu macam mana?-fikirnya. Dia dengar seperti orang Cina. Tetapi pendek-pendek. Macam babi?-fikirnya. Dia kenal beberapa orang Cina, tapi dia tidak pernah kenal orang Jepun. Tapi orang Cina dia cuma kenal sahaja, seperti Ah Kong, yang berkedai di pekan. Dan anak perempuannya. Walaupun dia berahi dengan anak perempuan Ah Kong yang putih licin itu, tapi dia cuma kenal sahaja. Tidak lebih. Tidak pernah pun dia cuba tegur. Tidak pernah pun dia cuba bercakap-cakap. Walaupun dia berahi. Lagipun Ah Kong menjual arak. Mat Tonggek tidak minum arak walaupun ada ramai orang Melayu yang mabuk. Mat Tonggek bukan Mat Tunggang-fikirnya sambil ketawa dalam hati.

Mat Tonggek berlari di celah-celah belukar. Oksigen keluar masuk melalui hidung dan mulutnya, laju-laju. Ada bunyi dengus yang berirama. Silara pokok-pokok getah yang bersambung-sambung jadikan suasana mendung, walaupun sebenarnya cuaca tengah hari cerah. Orang yang menoreh mungkin baharu balik. Mat Tonggek rasa penat sangat berlari, tetapi keinginannya untuk melihat orang Jepun membuak-buak. Seperti berahinya mahu melihat anak perempuan Ah Kong yang putih dan sepet matanya. Mat Tonggek terasa ketuanannya mengeras.

6 comments:

Anonymous said...

this is comments: prejudis;prasangka-tanpa munasabab spt ini pembangunan insan menjadi lembab(-ve side)asal sikit..aa abihla anak aku besok makan babi. namun dgn adanya menubikkan(menerbitkan..betulke haha) racisme(+ve side). percaya atau tidak dgn adanya racial bigotry(kau chck kamus) baru adanya kolonial system. barulah ada technology exchange, negara maju memajukan negara yg ditakluk via versa..secara tak langsung yg dijajah ada reformism. reformsm tu menjuru ke arah pembangunan insan up to the policy pemimpin la mcm manakan.. (secara tk langsung2x)zaman kesultanan melayu melaka dulu kita dah ada racial bigotry, tu yg sanskrit pun alih bahasa dlm b.m. sampai la.. org cina,india tau ckp melayu,budaya melayu,agama melayu tapi melayu brapa sgt ygtau psl wesak day..raya keling ke raya cina. dlm kelender warna merah maksudnya cuti jelah. sifat perkauman kita lain skit dari bangsa pendatang(pedagang)sebab unggul bangsa tu tinggi sangat so org lain setahun keja cuti raya je seminggu/sebulan, kita setahun keja ada cuti umum, cuti sakit, cuti musim buah, ada lah 7 ke lapan hari yg betul2 keje(tp negara2 barat dh buat kajian mereka terlalu workeholic bad for nation kata diorangla)..eh pasal citer cuti lak ni. heh.. maksudnya unggul bangsa asing spt eropah,american,jepun ke, eksport their country(termasuklah cruel/tech/culture etc), unggul bangsa kita terlalu advance tk nak eksport2 tp mintak org ceduk dr dlm negara sendiri yelah pengaruh kesultanan melayu melaka masih menebal dlm jati diri(yelah tu) yg eksportnya dr gemas ke tg malim jelah..huhu. coz tribute 3 tahun 8 bln masih lom cukup apply dek org kita. yg sukar kerana we have multiracial so negarabangsa malaysia agak lambat membuku(kau faham maksud aku), mcm iklan who is your friends,anak cina cakap "my friend is qasrina", anak melayu cakap "my friend is ah seng" ke apetah namanye cina tu (racial bigotry akupun masih menebal lg. heh) lambat laun yg pasti aku rasa trough religion only) i believe the bright circle in malaysia soon.. but not yet. with racist policy we canot sucses here but with racist policy can we sucses outside malaysia? arhh! menda yg aku cakap..
this is my comments:2x

Anonymous said...

..sambungan
this is my comments:
lg satu melayu tk berperangai spt serbia(tak tertindas pun).. serbia mengadaptasi ketuanan mereka hingga muncul istilah penghapusan etnik(short cut)..babi.

mukhsen_x said...

racial bigotry = bigotri perkauman, hahaha, aku nih tak ada bigotri untuk memelayukan perkataan bigotri plk.
emm, sejarah pembinaan negara bangsa kita ni pada asasnya adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing2 dengan saling bantu membantu. tapi yang kita buat ialah, saling menjaga kepentingan diri sendiri.

sinaganaga said...

Arwah Salleh Daud ke tulis cerita ni?

Anonymous said...

Good words.

Sufian said...

Ini cerita banyak best.