Monday, May 21, 2007

Kopi dan Sup

Di mana ibumu, sayang?
Bergelandangan seorang.

Malam kian larut
Bulan tak selalu bercahaya
Kemari
Ini kopi dan sup
Buat menghilang dahaga dan
memberi hangat.

Ini bukan dunia baik sayang
Syaitan merata-rata
Kadangkala mereka membawa api
Lampu yang akan membakar kamu
Kadangkala mereka memberi kopi dan sup
Supaya kamu tertakluk.

2 comments:

rimanilzah said...

wah, dah bertapak di sini rupanya! selamat.

mukhsen_x said...

selamat, selamat. alam ni besar dan percuma. saja pindah-pindah. ha ha.