Tuesday, December 26, 2006

COVER

Walaupun aku sangat suka buku, aku tak banyak baca novel sebab aku jarang beli buku (aku agak miskin, dude). Suatu hari aku terjumpa novel "A house for Mr. Biswas" oleh V.S Naipaul. Ada orang buang, ataupun tercicir (aku jumpa kat tempat pembuangan). Cover dia tak menarik, gambar mesin taip kuning, dan gambar kartun yang burok dan bukunya juga telah burok. Dibeli oleh seorang pengetua (dia ada cop nama dan alamat dia, tapi takde keje aku nak pulangkan, ha ha) pada tahun 70-an. Agak lama juga aku simpan, bila baru-baru ni aku tergerak nak baca. Celaka, ia adalah sebuah buku yang sangat bagus! (sebab aku suka tulisan humanis barangkali) Membaca buku ni satu pengalaman yang cukup menarik. (Buku ini ditulis pada 1961, pada 1962 Trinidad &Tobago merdeka daripada jajahan British). Pertembungan budaya Hindu dan post kolonial.

Setelah aku surf internet, aku kata, cis! cis! beberapa kali. Cetek betul pengetahuan aku tentang dunia penulisan. Rupanya V.S Naipaul, novelis British kelahiran trinidad ini adalah pemenang hadiah Nobel pada tahun 2001 . Dia juga telah dianugerahkan gelaran Sir pada 1990. Dia juga Indian pertama yang menang booker prize. "A house for Mr. Biswas" dikatakan oleh pengkritik daripada majalah TIME sebagai 100 novel terbaik sepanjang zaman. (Masa aku baca buku ni, aku andaikan ia adalah pengalaman bapa Naipaul sendiri, dan betul! wikipedia bagitau ada elemen yang diambil dari itu) Novel ni juga kemudiannya diadaptasi kepada pementasan muzikal.

Apa yang aku nak kata ialah cover bagi sesebuah buku. Buku yang ada kat aku, covernya tak menarik langsung. (bila aku surf internet, cover dia dah lain, tak sama macam yang aku ada, dorang dah cetak dengan lebih menarik). Bagi orang yang cetek pengetahuan dalam dunia penulisan macam aku, kami cuma kenal penulis superstar je. Jadi sebab cover dia burok aku sangka ceritanya dan penulisnya tak best lalu agak lama juga aku simpan tak baca.

(oh, aku nak cari buku terbaru Naipaul : "Magic seeds", complete review.com punya rating adalah A, tau.)

3 comments:

blue_cherry said...

wooo, baru tahu.. menarik tu.

vovin said...

Peh, bertuah sungguh.

Jalan-jalan jumpa buku.

Jumpa buku best pulak tu.

Anonymous said...

Blue cherry
memang menarik. cita pasal sorang mamat yg agak rebel dan sarkastik.

vovin.
itulah pasal. masa tu aku jugak jumpa buku fizik untuk engineering dan aku masih simpan wlupun dlm tu banyak formula yang aku tak faham apa, ha ha.