Sunday, January 01, 2012

Kedunguan 4#. Kita maksum, semua salah orang lain.

Berbanding muhasabah akan kekurangan-kekurangan sendiri, kita cenderung menyalahkan orang lain. Dalam kehidupan sehari-haripun, kerana terlalu dibiasakan, ia menjadi tindak balas luar kawal mempertahankan diri apabila melalukan kesilapan. Berlaku situasi ini kerana orang yang mengakui kesilapan sendiri akan serta merta dihukum, dipandang rendah dan dikeji, berbanding diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Dalam sosio-politik di Malaysia, kedunguan ini sangat berleluasa secara terang-terangnya. Masalah sosial orang Islam adalah daripada pengaruh barat, berbanding memperakui akhlak Islam kita hanyalah tempelan dan kakaktua. Islam menjadi ritual, bukan cara hidup. Mengaji Al-quran adalah pandai jawi, bukan isi.

Lembabnya atmosfera kesusasteraan Melayu, adalah kerana lambakan karya picisan dan kelemahan DBP, berbanding memperakui kurangnya penulisan-penulisan bermutu tinggi dan memberi impak kepada masyarakat di kalangan penulis yang mengaku sasterawan.

Dalam politik pula, contohya, tindakan berontak Hasan Ali adalah perangkap UMNO, berbanding memperakui terdapat ramai ahli PAS yang masih tidak dapat menerima konsep negara berkebajikan dan kerjasama antara PAS dan DAP.

Tindakan Mahasiswa menentang kerajaan adalah disebabkan hasutan pembangkang, berbanding memperakui sekatan-sekatan yang keterlaluanlah yang menyebabkan mahasiswa memberontak.


No comments: