Friday, November 10, 2006

Pearls Before Swine - Stephen Pastis


Stephen Pastis adalah bekas peguam lulusan sarjana sains politik, University of California. Berhenti menjadi peguam untuk menjadi pelukis komik lerang sepenuh masa. Pearls Before Swine memenangi anugerah "Best Newspaper Comic Strip" pada tahun 2004. Komik dalam genre komedi gelap dengan topik2 seperti pembunuhan, politik, depresi, bunuh diri dan stereotaip etnik ini menggunakan watak-watak anthropomorphic yang mengisahkan dua orang sahabat, Rat, sang megalomania dan fatalis yang menganggap dirinya yang paling bijak, dan Pig, si dungu yang telah dihalau dari masyarakat babi-babi berbudaya. Watak-watak lain adalah Zebra, yang selalu menjadi buruan pemangsa terutamanya buaya, Goat, watak yang paling bijak, dan sepersaudaraan Crocodiles yang lembab dan tolol yang selalu gagal ketika cuba memburu mangsanya terutama Zebra. Komik meta-comic ini juga kadangkala membuat jenaka terhadap komik-komik lain seperti Cathy, Dilbert, B.C, Garfield, Get Fuzzy & etc.
http://www.comics.com/comics/pearls

3 comments:

blue_cherry said...

very nice n new things for me to know. thnx.

comic erkk.. kay. Goin there later.

mukhsen said...

lawak dia macam kasar skit. sebab tu takde dalam sokabar malaysia.

blue_cherry said...

soratkabar mesia nih lain, silap ari bulan kena buat sidang minta maaf secara terbuka.. hak hak hak