Monday, October 30, 2006

Преступление и наказание (Jenayah dan Pembalasan) - Fyodor Dostoyevsky


'Di manakah ia,' fikir Raskalnikov, sambil kakinya melangkah, 'di manakah ia telah aku baca bagaimana manusia terkutuk, hanya sebelum dia mati, berkata, atau berfikir, bahawa sekiranya dia perlu hidup di atas ceracak tinggi, di atas belebas yang hanya memuatkan dua kakinya, dikelilingi jurang yang sangat dalam, lautan, malam gelap yang tak berpenghujung, sunyi yang tak berpenghujung, ribut yang tak berpenghujung, dan di situ dia perlu berdiri, di tanah sempit, sepanjang hidupnya, beribu tahun, menyelurusi hidup tak berpenghujung - adalah lebih baik untuk terus hidup, daripada mati walau untuk sekejap? Hanya untuk hidup, untuk hidup! tidak kira bagaimana - hanya untuk hidup!.... Betapa benar! Tuhan, betapa benar! Bagaimana keji manusia.....
ku rasa degup jantungmu
seperti kod morse
sewaktu perang